
SWAROVSKI merupakan suatu jenama mewah bagi kristal buatan manusia yang terkenal dengan ketepatan dan kejituan dalam formula penghasilannya. CRYSTALLIZEDTM - Swarovski Elements dihasilkan di Austria. Namanya diambil sempena nama pencipta formula penghasilan kristal ini iaitu Daniel Swarovski sejak lebih seratus tahun yang lalu.
CRYSTALLIZEDTM - Swarovski Elements ini berkualiti tinggi, justeru harganya agak mahal berbanding jenis kristal yang lain. Keistimewaan CRYSTALLIZEDTM - Swarovski Elements yang membezakannya dengan kristal yang lain ialah pada formula "cutting" dan "polishing" kristal ini yang mana kesempurnaannya belum dapat ditandingi setakat ini.
CRYSTALLIZEDTM - Swarovski Elements ini terdapat dalam pelbagai warna, bentuk dan saiz potongan kristal. Gambar di atas menunjukkan sebahagian contoh batu-batu kristal Swarovski yang mana ianya boleh digubah menjadikan aksesori kegemaran anda seperti rantai, gelang, cincin, subang, brooch dan sebagainya.
Selain itu, CRYSTALLIZEDTM - Swarovski Elements ini mempunyai kandungan karbon melebihi 30% yang mana membolehkannya menampilkan spektrum kilauan yang menarik berbanding jenis kristal yang lain. Jadi, tidak hairanlah kristal Swarovski ini menjadi kegilaan para wanita di seluruh dunia, tidak ketinggalan para wanita Malaysia yang sentiasa ingin kelihatan anggun bergaya dan istimewa!